iPhone Apps Developer Course Solaris Mont Kiara

Sepanjang minggu (10 May – 14 May 2010) berlangsungnya kursus aplikasi iPhone yang di adakan di White Space Solaris Mont Kiara, Kursus ini dijalankan oleh Chris Hong yang begitu berpengalaman dengan aplikasi iPhone. Melihat “Skill” beliau dalam sepanjang kursus ini, memang tidak boleh di sangkal lagi bukan calang-calang orang biasa yang boleh membuat aplikasi sesukar ini. Sepanjang tempoh kursus, pembelajaran amat seronok apabila para peserta mempunyai soalan-soalan yang tidak dapat difikir langsung oleh saya.

sepanjang kursus, Chris Hong banyak menekan dalam hal keselamatan data (encapsulation) MVC ( Model View Controller) Documentation, SVN (SubVersion) dan kebanyakan adalah script extension C iaitu Objective C, Programming Objective C lebih fleksible bila kebanyakan “Class” boleh digunakan terus tanpa “Hard Coding” bunyi agak mudah tetapi bagi saya yang tiada asas di dalam programming ini agak sukar dan perlu lebih usaha untuk menjadi seorang programmer iPhone Apps hehe.. InsyAllah..

Alhamdulillah.. dalam minggu tersebut, penuh dengan pengisian ilmu, Chris hong banyak menyelesaikan masalah yang kami hadapi, Tarikh tutup bagi submission untuk aplikasi iPhone pada penghujung bulan Ogos 2010 ini. sekiranya aplikasi tersebut lengkap dan menarik, MDeC akan memulangkan kembali RM3500.00 yuran kursus iPhone Apps Developer. Berbaloi kan?

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
Buy VerizonCell Phones and Save. | Thanks to Bank Rates & Reviews, CD Rates and UK Loan