Menguruskan domain anda.

apakah itu domain? bagi mereka yang tidak pernah mengetahuinya, domain adalah alamat untuk laman web, ini bertujuan untuk penguna lebih mudah mengingati alamat web berbanding nombor IP-address (seperti: 112.136.167.176) sebagai contoh http://google.com atau blog ini http://mohdshahrin.com Buat masa ini, Domain terdapat 2 jenis extension iaitu (gTLDs) dan (ccTLDs)

Domain extension (gTLDs) Top-Level Domains
domain ini akan di akhiri oleh extension .com/.net/.org/.info dan banyak lagi dan harganya adalah berbeza bagi setiap yang anda pilih, sebagai contoh domain (.com) biasanya harga pasaran adalah RM 30 – 40

Domain extension (ccTLDs) Country Code Top-Level Domains
Domain ini pula akan di akhiri oleh extension .my/.com.my/.net.my (Malaysia) .sg/.com.sg (singapura) dan banyak lagi, Harganya juga turut berbeza sebagai contoh domain (.com.my) harga pasaran adalah RM 80 -90

Rasanya cukup untuk penerangan tentang domain, seterusnya adalah bagaimana untuk menguruskan domain anda,

Kebiasaan domain gTLDs mengunakan sistem pengurusan platform Myorderbox, sepanjang tutorial ini, anda perlu login pada myorderbox, sekiranya anda tidak mengetahui bagaimana mahu login ke Myorderbox, sila rujuk pada hosting provider anda, mereka akan membantu anda, bagi hosting provider Jomhosting.net adalah seperti link berikut:

http://myjomhosting.myorderbox.com

sila masukkan email dan password, anda boleh rujuk pada hosting provider anda sekiranya tidak mengetahui login detail anda, ok baiklah, setelah anda selesai login, langkah pertama adalah Klik Domains >> List All Orders, anda boleh lihat seperti ilustrasi di bawah:

Seterusnya anda akan lihat senarai kesemua domains kepunyaaan anda, apa yang perlu anda lakukan adalah klik pada domain yang anda mahu uruskan, seperti contoh pada ilustrasi, saya akan menguruskan domain mohdshahrin.com, lihat seperti di bawah:

anda akan di bawa ke halaman mengenai detail peribadi anda, anda juga boleh lihat pelbagai option lain yang membolehkan anda menguruskan domain anda, bagi tutorial ini, saya akan tunjukkan bagaimana anda menguruskan Nameserver bagi point ke hosting anda. Klik pada Name Servers seperti ilustrasi di bawah:

Terdapat 13 Ruangan kosong pada Tab Nameserver walaubagaimanpun hanya 2 ruangan yang perlu diisi iaitu Name server1 dan Name Server2, apa namaserver yang perlu anda isi? dan apa itu Name server? ini mungkin jadi persoalan sekiranya anda belum pernah mengetahuinya, Pada asalnya Nameserver adalah set IP-address (seperti 112.137.167.176) bagi memudahkan untuk pengguna mengingatkan, ia di ringkaskan seperti berikut ns5.jomhosting.net
dan biasanya terdapat dua nameserver bagi hosting kerana nameserver satu lagi akan membantu backup sekiranya berlakunya kesesakan (down time)

oh ya.. domain ini akan mengetahui lokasi web anda

Sekiranya anda tidak tahu nameserver anda, sila hubungi hosting provider anda untuk mendapatkan nameserver, mereka pasti membantu

setelah membuat pertukaran, sila klik pada submit dan masage seterusnya anda akan berjaya menletakkan nameserver pada domain anda, berikut adalah massage yang diterakan:

Selesai mengemaskini nameserver anda, sekarang domain dan hosting anda sudah bersambung, dengan ini anda boleh mula membuat web/blog anda

Nota: Sekiranya domain anda masih belum berfungsi, Propagation domain mengambil masa 48 -72 jam.

You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Menguruskan domain anda.”

  1. en mimpi says:

    waaa sgt teliti ye huhu
    en mimpi´s last blog ..Arrive (Sampai) My ComLuv Profile

  2. admin says:

    iya, x boleh salah, nanti keluar error ehe.. :)

  3. kalau buat statement salah, orang akan marah seterusnya pergi tak kembali.. huhu
    Frantz-Senpai´s last blog ..Ping: Ketahui Prestasi Server My ComLuv Profile

  4. admin says:

    selalu mengalaminya ke?

  5. dulu pernah la kne marah sebab fakta salah dan tak betul.. skang nie dah tak lagi dah..
    Frantz-Senpai´s last blog ..Ping: Ketahui Prestasi Server My ComLuv Profile

  6. SHOP ELECTRONICS!!! says:

    MOST INFORMATIVE SITE FOR ELECTRONICS….

    **YOUTUBE VIDEO REVIEWS ON THE HOTTEST ELECTRONICS OUT**…

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
Buy VerizonCell Phones and Save. | Thanks to Bank Rates & Reviews, CD Rates and UK Loan